WaniWennot !
sweet owner

Navigation : Touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. you have step onto WanieWennot's blog. please be nice. no copy and paste anywhere. have a nice day :)


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Wanie Ammeran
Others:   


Kerana Lelaki Itu ^.^

Assalamualaikum .

"Real love means helping each other to attain Jannah , not holding each others hand walking towards the Helfire" 

Nauzubillahiminzalik . Mohon dijauhkan semua ini Ya Allah . Sesunguhnya manusia tidak lari dari membuat kesilapan . Sama seperti saya . Saya bukan maksum , tidak juga boleh digelar sebagai muslimah lagi BUAT MASA INI . Dengan izin Allah dan usaha saya , insyaaAllah saya akan menjadi seorang Muslimah sejati . Doa-doakan saya tau ? :') 

Cinta manusia ?? 

Erm tipulah kalau saya cakap saya tak pernah bercinta . I used too . Bila difikirkan balik semua tu . Ya Allah dosaku menggunung :'( Sungguhku menyesal . Tapi apakan daya , jika boleh diputarkan kembali masa , akan ku pinta kepadaNya . Aku tak sanggup menanggung semua ini . Biarlah Allah yang mengetahui . Hendak bercerita , tapi takut menimbulkan fitnah . Jadi lebih baik saya mendiamkan diri . 

Alhamdulillah , kerana lelaki itu , saya dah tinggalkan semua itu :') Betul . Pada awalnya , mungkin kita berubah demi seseorang tapi bila dah lama-lama kita berusaha untuk berubah demi DIRI SENDIRI . Demi berjihad ke jalan Allah . Demi mendapatkan redha Allah .

Allah berfirman : 

Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk ( yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dengan orang yang berjihad ke jalan Allah dengan harta dan jiwanya . 
Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan) . Kepada masing-masing Allah menjanjikan (pahala) yang baik (syurga) dan Allah melebih-lebihkan orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar . 

(Surah An-Nisa' 4 : 95)

Ehem *tarik nafas dalam-2*

Hatiku ibarat padang pasir yang tandus , juga mempunyai hati yang sungguh gersang terhadap cintaNya . Kadang-kala aku merasa jauh dengan diriNya . Sehingga membuatkan ku terleka dengan cinta manusia . DIA lah pemberi cinta , tetapi mengapa aku lebih mencintai hambaNya terlebih dahulu ? :'( 

Pernah ku pujuk diri , di sebalik derita ini , pasti ada hikmah yang menanti . Namun apa yang ku dapati ? hanya DERITA demi . Yang terusan menimpa , entah bila penghujungnya . Apakah ini rahmat penghapus dosa ? Oh Allah , berikanlah aku jawapannya :')

Duhai PEMILIK HATI . Dahulunya aku rebah tersungkur , kaulah yang meyakinkan aku bahawa janji Allah itu pasti . Kau jugalah yang meminjamkan semangatmu kepadaku sang pemilik hati . Dari situ , aku sudah mula mengagumimu . Tidak pernah lekang dari bibirmu measihatiku supaya menjaga solat . Menjaga maruah diri . Menjaga iman didalam hati . Hatiku kembali terisi dengan iman saat kau berbicara . Semakin hari , semakin ku merasai perubahan diri . Tenang . Damai . Tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata . 

Menyintaimu didalam diam itulah yang ku rasai kini :') Ku pendamkan perasaan ini . Ku rahsiakan rasa hati ini , membiarkan kasih yang berputik tersembunyi di dasar hati .



Ku renung firman Allah SWT : 

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji , dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik  (Surah An-Nur : 26)

Sudah solehahkah diriku ? Layakkah diriku ? *semua ini bermain kotak fikiranku* Namun ku sedar kini , keutamaanku bukanlah mencari yang sempurna , cuma aku hanya mampu mensolehahkan diriku ini bagi mendapatkan yang soleh . Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang itu bukanlah dipinta . Dan juga bukanlah tanda kita harus memilikinya . Kadang-kadang ia muncul sebagai ujian dari Allah buat hambaNya kerana ingin melihat bagaimana kita mengawal , memelihara dan menguruskannya . Perasaan cinta itu adalah amanah yang mengajar kita erti kesabaran dan juga erti redha .

Cinta ? Aku belum bersedia untuk melangkah dengan lebih jauh . Cukuplah sekadar aku mencintaimu didalam DIAM dan cukuplah sekadar kau tahu aku masih disini menantimu . Diamku adalah tanda aku mencintaimu . Aku ingin memuliakan dikau dengan tidak mengajakmu menjalinkan hubungan yang terhalang meski ku tahu isi hatimu kini :')

 Duhai PEMILIK HATI . Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu , bukan kerana ketampanan wajahmu , bukan juga kerana janji manismu dan juga bukan kerana popularitimu . Semua ini adalah kerana agamamu . 

                                               | ♥ istikharah cinta ♥ |




Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Sesiapa yang menyintai kerana Allah , membenci kerana Allah , memberi 
kerana Allah dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah sempurna imanya .
Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Hakim dengan sanad hasan.



Tapi mengapa kini , kita lebih mengejar cinta manusia ? Tidak kah kita ingat janji yang telah kita sama-sama buat ? Kita berjanji  akan mencari cinta Allah terlebih dahulu . Ada apa pada janji ? Adakah sekadar pemanis bicara yang dicipta untuk dimungkiri ? Awak , saya menantikan awak yang dulu . Yang menasihati saya supaya meletakkan Allah sebagai number 1 didalam hati :') 

Akhir kalam  ,
#AkuMencintaimuDalamDiam <3 :')