
|
sweet owner hello peeps ! welcome to super awesome. you have step onto WanieWennot's blog. please be nice. no copy and paste anywhere. have a nice day :) Bigfoots! Credits!
| بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ BAHAGIAN 3 Alhamdulillah , makin hari Salwa makin berubah , Dahulunya perihal solat tidak mejadi keutamaan bagi Salwa . Kadang-kadang dalam sehari , solat 5 waktunya tidak cukup . Adakalanya dia hanya menunaikan 2 waktu sahaja , 3 waktu solat sahaja , 1 waktu sahaja dan pernah tidak menunaikan solat sama sekali . Betapa jahilnya Salwa pada ketika itu . Kini , solatnya PENUH 5 waktu . Bermula dari Subuh , Zohor , Asar , Maghrib dan Isyak ;) Salwa mula menyukai perubahan yang berlaku didalam dirinya . Dia bersyukur . Dulu , Salwa cepat terasa apabila ditegur berkaitan dengan aurat , solat dan sebagainya tetapi kini dia bijak mengawal perasaan . Segala apa yang ditegur kini dianggap demi kebaikan dirinya jugak . Demi mengubah cara hidupnya dan yang paling penting demi mencari redha Allah S.W.T . Tetapi ingatlah bahawa redha Allah terletak pada redha kedua ibu-bapa kita . Itu yang Salwa pegang sehinggalah sekarang . Dia tidak pernah lupa . Sebaik mana pun diri seseorang itu , jika tidak mendapat redha ibubapa , tiada gunanya juga :') Rasulullah bersabda :
" Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah SWT dan siapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya"
(Riwayat Baihaqi)
Lalu fikiran Salwa teringatkan Adam . Tersenyum dia seorang diri . Ada sebab mengapa Allah telah temukan saya dengan awak Adam *kata Salwa dlm hati* Rupanya inilah yang dikata kan percaturan Allah SWT . Lantas Salwa mencapai diarinya lalu mencoretkan segala isi hatinya . " Adam , awak seorang sahabat yang baik . Awak banyak membantu saya , bantu saya mengenali agama Islam dengan lebih mendalam . Awak tahu ? Sebenarnya saya pelik dengan diri saya sendiri *Salwa tergelak kecil lalu meneruskan coretannya* Tidak pernah saya menerima teguran dari sesiapa setenang ini . Selalunya apabila ditegur pasti saya akan Pantas diarinya ditutup apabila menyedari malam sedang berganjak pergi . Masa untuk tidur .
#bersambung
|